Mesyuarat Penggubalan Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penggubalan Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 sedang berlangsung dari 14 Februari – 17 Februari 2024 di Langkawi, Kedah. YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan mesyuarat tersebut.
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk KAN berharap pasukan Dasar yang telah dilantik menggunakan kesempatan Mesyuarat ini untuk membantu satu sama lain memantapkan RUU Audit (Pindaan) 2024 serta mencapai kata sepakat agar draf RUU ini berjaya disediakan. Beliau juga menyeru agar platform sebegini dapat meningkat semangat pasukan antara satu sama lain serta dalam masa yang sama dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mendapatkan pengalaman yang tidak ternilai berkaitan aspek penggubalan.
Turut hadir dalam sesi pembukaan tersebut ialah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Ibu Pejabat dan Negeri Jabatan Audit Negara.