A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Bengkel Pemantapan Sektor Audit Kewangan Tahun 2024 bagi Zon Selatan

 427899328 784439453728103 4511123516181842348 n  427989914 784439383728110 7932421002845992144 n  428168467 784439330394782 1439985876511587093 n 428172086 784439550394760 2775470085420393847 n

 

Bengkel Pemantapan Sektor Audit Kewangan Tahun 2024 bagi Zon Selatan telah diadakan di Wisma Audit Negeri Melaka pada hari Rabu, 14 Februari 2024.

Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menyempurnakan majlis peluncuran bengkel ini dan seterusnya menyampaikan ucapan hala tuju Sektor Audit Kewangan. Bengkel siri keempat ini telah dihadiri oleh seramai 64 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Seksyen Audit Kewangan daripada Jabatan Audit Negara Negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dan turut diikuti secara dalam talian oleh pegawai Audit di ketiga-tiga negeri.

Turut hadir dalam majlis peluncuran tersebut adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji, YBrs. Pn. Norni @ Lina binti Mohamed, Pengarah Audit Negeri Johor, Pn. Nor Hasimah binti Rahmat, Timbalan Pengarah Audit Kewangan, Pn. Mahiran Abdul Aziz, Pengarah Audit Negeri Melaka dan En. A S Sinarao A/L Nagayah @ Nagaraju, Pengarah Audit Negeri Sembilan serta pegawai Sektor Audit Kewangan daripada Ibu Pejabat JAN.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara berharap penganjuran bengkel ini dapat mengupas dengan lebih mendalam mengenai pelaksanaan pengauditan kewangan dan perkongsian yang dibuat dapat membantu para peserta mempunyai pemahaman yang sama sebagai satu pasukan. Para peserta juga berpeluang untuk bertanyakan soalan secara terus kepada YBhg. Datuk Ketua Audit Negara semasa sesi soal jawab.

  • Dikemaskini pada: 15 Feb 2024
  • Cetak
  • 92