Kunjung Hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Melaka
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mengadakan kunjung hormat ke atas TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada petang Selasa, 13 Februari 2024.
Turut hadir ialah YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, YB Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; dan YBhg. Datuk Maslina binti Baki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka juga menyaksikan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 dan Laporan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Zakat Melaka Sdn. Bhd. oleh Ketua Audit Negara kepada YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka.