Kursus Pemantapan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam (MAI)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara melalui Akademi Audit Negara (AAN) menganjurkan Kursus Pemantapan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam (MAI) selama 3 hari yang bermula pada hari ini hingga 15 Februari 2024.
Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menyempurnakan peluncuran kursus berkenaan di Auditorium Ahmad Noordin, AAN pada pagi ini. Hadir dalam majlis peluncuran tersebut adalah YBrs. Puan Nor Yati Binti Ahmad, Akauntan Negara Malaysia; YBhg. Dato’ Haji Zamani Ahmad Bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM; YBrs. Encik Ramlan Bin Awang Ali, Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah, Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara serta wakil-wakil daripada Majlis Agama Islam Negeri.
Kursus seumpama ini yang julung kali dianjurkan oleh pihak AAN dihadiri oleh seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Jabatan dan pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan di Majlis Agama Islam.
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara menyatakan harapan beliau agar kursus ini akan memberi manfaat kepada para peserta terutamanya dalam melaksanakan tugasan berkaitan pengurusan kewangan. Ianya juga mencerminkan komitmen dan kesediaan Jabatan Audit Negara bagi membantu meningkatkan tata kelola dan prestasi kewangan Majlis Agama Islam.