Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Kediaman Berstrata di Wilayah Persekutuan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Kediaman Berstrata di Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah diadakan pada 9 Februari 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Hadir dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, dan YBhg. Datuk Sr. Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Turut hadir adalah Presiden Perbadanan Putrajaya, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Pengarah Bahagian Hakmilik Strata dan Stratum JKPTG serta pegawai-pegawai dari kementerian/jabatan/agensi berkaitan.