Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Perkhidmatan Kebombaan
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Perkhidmatan Kebombaan di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya pada 9 Februari 2024.
Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), YBhg. Dato' Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan (JKR) dan pegawai-pegawai KPKT, JBPM dan JKR
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara.