Kunjungan Hormat kepada YBM Tengku Seri Bijaya Raja Dato' Seri Tengku Farok Hussin Bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Terengganu
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah membuat kunjungan hormat kepada YBM Tengku Seri Bijaya Raja Dato' Seri Tengku Farok Hussin Bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 6 Februari 2024.
Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Puan Nadhirah Abdul Wahab, Pengarah Audit Syarikat Kerajaan dan Encik Zulkifli Tungal, Pengarah Audit Negeri Terengganu.