A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Lawatan Kerja Ketua Audit Negara Ke Negeri Terengganu

417433874 779470950891620 2256142300490503 417481562 779470880891627 5550402055003519 418150590 779470910891624 8954867948236314 417476659 779470824224966 5194201446440764222 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah memulakan siri lawatan beliau ke Terengganu dengan Majlis Peluncuran Bengkel Pemantapan Sektor Audit Kewangan Tahun 2024 (Zon Timur) yang telah diadakan pada pagi Selasa, 6 Februari 2024 bertempat di Wisma Audit Negeri Terengganu.

Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 83 warga Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang secara bersemuka dan atas talian. Dalam ucapan beliau, Datuk KAN telah menekankan keperluan Bengkel Pemantapan sebegini dimanfaat sepenuhnya oleh setiap warga JAN Peringkat Negeri supaya mereka bergerak seiring dengan segala perubahan dan penambahbaikan baharu yang JAN telah laksanakan mulai tahun ini.

Turut hadir ke Majlis Peluncuran tersebut ialah YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan; YBrs. Encik Zulkifli Tungal, Pengarah Audit Negeri Terengganu; YBrs. Encik Anwar Asmuni, Pengarah Audit Negeri Pahang; Encik Roshidi Noor, Timbalan Pengarah Audit Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai kanan dari Ibu Pejabat JAN.

  • Dikemaskini pada: 15 Feb 2024
  • Cetak
  • 97