Mesyuarat Kick-Off Meeting Of The Special Committee On Establishing A New Working Group On Follow-Up Audit
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah mempengerusikan mesyuarat 𝘒𝘪𝘤𝘬-𝘰𝘧𝘧 𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘚𝘱𝘦𝘤𝘪𝘢𝘭 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘪𝘵𝘵𝘦𝘦 𝘰𝘯 𝘌𝘴𝘵𝘢𝘣𝘭𝘪𝘴𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘢 𝘕𝘦𝘸 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘰𝘯 𝘍𝘰𝘭𝘭𝘰𝘸-𝘶𝘱 𝘈𝘶𝘥𝘪𝘵 (WGFA) di peringkat Institusi Audit Tertinggi Antarabangsa (𝘛𝘩𝘦 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘖𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘴𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘧 𝘚𝘶𝘱𝘳𝘦𝘮𝘦 𝘈𝘶𝘥𝘪𝘵 𝘐𝘯𝘴𝘵𝘪𝘵𝘶𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 – INTOSAI) secara hibrid pada jam 8.00 malam, hari Jumaat, 2 Februari 2024.
Jabatan Audit Negara selaku 𝘚𝘶𝘱𝘳𝘦𝘮𝘦 𝘈𝘶𝘥𝘪𝘵 𝘐𝘯𝘴𝘵𝘪𝘵𝘶𝘵𝘪𝘰𝘯 (SAI) Malaysia telah diberikan kepercayaan buat julung kalinya untuk menerajui Jawatankuasa Khas ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan Kumpulan Kerja (𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱) berkaitan susulan audit di peringkat INTOSAI.
Mesyuarat ini telah disertai oleh 80 orang pegawai kanan daripada 19 SAI negara pelbagai benua secara dalam talian seperti SAI Rusia, China, India, Australia, Brazil, Turkiye, Mesir, Indonesia, Pakistan, Bahrain, Uganda, Kemboja dan Georgia.
Penubuhan WGFA akan dapat membolehkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam memperkukuhkan impak pengauditan melalui mekanisme susulan audit yang sistematik, efektif dan efisyen.