Sesi Meet & Greet bersama YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi Meet & Greet bersama YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) selaku Penasihat PUSPANITA Jabatan Audit Negara (JAN) telah diadakan pada hari Jumaat, 2 Februari 2024 di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya.
Hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JAN, Puan Hajah Siti Roslina binti Muhamad dan YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) serta ahli PUSPANITA JAN.
Dalam ucapan semasa sesi tersebut, YBhg. Datuk KAN telah berkongsi pengalaman beliau sepanjang 29 tahun berkhidmat dalam Sektor Awam serta cabaran dalam pelbagai peranan termasuklah sebagai seorang muslimah, anak, isteri, ibu, penyelia dan majikan.
YBhg. Datuk KAN menekankan bahawa semua wanita perlu tahu membahagikan masa, bijak menguruskan emosi dan berkebolehan dalam menyusun tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Demo Masakan oleh Chef Liza juga telah diadakan sempena sesi ini selain pelbagai gerai jualan oleh warga JAN.