Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin anjuran Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) dengan kerjasama Surau Al-Ibtisam, Jabatan Audit Negara pada pagi ini.
Turut hadir adalah YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBrs. En. Azunan Hj. Daud, Pengarah Audit Kewangan merangkap Yang di-Pertua KAWIP dan YBrs. Pn. Nadhirah Abdul Wahab, Pengarah Audit Bahagian Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I.
Majlis yang dipimpin oleh Tuan Hj. Badiuzzaman Hj. Mohd Pakir ini bertujuan mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat warga Jabatan Audit Negara yang sedang mengalami musibah kesihatan dan juga memohon kelancaran proses dan gerak kerja bagi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang akan dibentangkan pada bulan Mac nanti.