Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat dan Penempatan Pertukaran Pegawai Juruaudit
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah menyampaikan surat kenaikan pangkat dan penempatan pertukaran kepada 5 orang pegawai Juruaudit pelbagai gred melibatkan penempatan di Ibu Pejabat serta di Jabatan Audit Negara di Negeri Johor, Selangor dan Sarawak pada 23 Januari 2023.
Tahniah diucapkan dan selamat bertugas kepada semua pegawai. Semoga kenaikan pangkat dan penempatan baharu yang diterima menyuntik semangat para pegawai untuk melaksanakan tugas pengauditan dengan lebih komited dan kompeten selaras dengan Gagasan Malaysia MADANI.