faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Lawatan Audit ke Jeti Pendaratan Ikan dan Kilang Ais milik Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

417485917 770977365074312 1684674408891894381 n 419018840 770977618407620 603809217396263767 n 417690660 770977901740925 252335641952757245 n 418159367 770977765074272 3763205039570081788 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah meneruskan siri lawatan di Kelantan dengan meninjau beberapa projek dan program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Tok Bali pada petang 22 Januari 2024. Antara projek yang telah dilawati ialah Jeti Pendaratan Ikan dan Kilang Ais milik Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Turut mengiringi Datuk KAN dalam sesi lawatan tersebut ialah YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit (Prestasi), YBhg. Dato’ Baidzawi bin Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, YBrs. Encik Hamdan Mamat, Ketua Pengarah LKIM, dan YBrs. Encik Marzuni Muhamad, Pengarah Audit (Prestasi) JAN.

Sebelum itu, Datuk KAN telah diberi Taklimat Mengenai Projek-Projek Majlis Pembangunan ECERDC oleh YBhg. Dato’ Ragu Sampasivam, Ketua Pegawai Operasi ECERDC.

  • Dikemaskini pada: 02 Feb 2024
  • Cetak
  • 250

faqhubungimaklumbalaspeta