Lawatan Sambil Belajar Daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara (JAN) telah menerima lawatan sambil belajar daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari Jumaat, 19 Januari 2024 di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya. Lawatan tersebut telah disertai oleh seramai 35 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UKM serta 4 orang pensyarah pengiring.
Peserta lawatan diberikan taklimat pengenalan JAN yang disampaikan oleh Encik Mohd Nasrul Ekram Bin Adzahar, Penolong Pengarah Audit Bahagian Dasar dan Antarabangsa dan diikuti oleh taklimat peluang kerjaya di JAN oleh Encik Mohd Sallehhuddin Bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Taklimat terakhir mengenai pengauditan yang dijalankan oleh JAN telah disampaikan oleh Puan Rosida Binti Khairon, Ketua Program Perakaunan Akademi Audit Negara.
Semoga lawatan yang dibuat dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai pilihan karier sebagai juruaudit setelah tamat pengajian dan memberi gambaran situasi pekerjaan dalam sektor Audit awam.