faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Lawatan Sambil Belajar Daripada Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS)

417426377 767757652062950 7206796857830922049 n 417373272 767757785396270 9060548444542805645 n 417528769 767757742062941 6494706063414653528 n 419737749 767757825396266 9058380087034297759 n

 

Jabatan Audit Negara (JAN) telah menerima lawatan sambil belajar daripada Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS) pada hari Khamis, 18 Januari 2024 di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya. Lawatan tersebut telah disertai oleh seramai 23 orang pelajar Diploma Perakaunan KVKS serta 4 orang pensyarah pengiring.

Peserta lawatan telah diberikan taklimat pengenalan JAN yang disampaikan oleh Encik Shamsul Bin Shamdin, Timbalan Pengarah Audit Bahagian Dasar dan Antarabangsa. Sesi seterusnya berkenaan peluang kerjaya di JAN telah disampaikan oleh Encik Mohd Sallehhuddin Bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan diikuti dengan taklimat daripada Encik Eddy Herman bin Zaidel, Ketua Program Pengurusan Akademi Audit Negara mengenai pengauditan yang dijalankan oleh JAN.

Pihak JAN mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak KVKS membuat lawatan sambil belajar ini dan diharapkan perkongsian yang dibuat dapat membantu peserta dalam mencapai objektif lawatan.

 417419549 767757912062924 2461193437161736619 n  417534097 767757868729595 342703978053639836 n
  • Dikemaskini pada: 22 Jan 2024
  • Cetak
  • 245

faqhubungimaklumbalaspeta