faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Bengkel Semakan Kedua Dokumen Kajian Keperluan Pengguna (URS) Pembangunan Sistem eAudit Bersama SME Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan (SAS)

417363837 767163498789032 235640608912248097 n

YBrs. Tuan Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) telah menghadiri Bengkel Semakan Kedua Dokumen Kajian Keperluan Pengguna (URS) Pembangunan Sistem eAudit Bersama SME Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan (SAS) bagi mendengar sesi pembentangan mengenai pelaksanaan Projek Pembangunan Sistem eAudit.

Bengkel yang diadakan pada 15 dan 16 Januari 2024 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara ini bertujuan untuk membuat semakan yang kedua ke atas dokumen URS Sistem eAudit bersama Pasukan SME SAS Sistem eAudit.

Projek Pembangunan Sistem eAudit merupakan salah satu inisiatif di bawah Projek Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara (PPJ). Turut hadir adalah Pengarah-Pengarah Bahagian di SAS, Pengarah Projek PPJ dan Pasukan Projek Sistem eAudit.

  • Dikemaskini pada: 17 Jan 2024
  • Cetak
  • 191

faqhubungimaklumbalaspeta