faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Amanat Ketua Audit Negara Tahun 2024

417363129 764190642419651 2223455134523122014 n 417399996 764190362419679 5193905485838847472 n 417406597 764190572419658 5265856119437455345 n 417514707 764190482419667 2240608024495564930 n

 

Majlis Amanat Ketua Audit Negara Tahun 2024 telah diadakan pada hari Jumaat, 12 Januari 2024 di Kompleks F, Putrajaya. Seramai 750 orang warga Jabatan Audit Negara (JAN) telah menghadiri majlis tersebut termasuk warga JAN dari ibu pejabat, pejabat negeri dan bahagian/unit audit dalam Kementerian. Majlis ini juga turut diikuti secara dalam talian.

Dalam ucapan amanat beliau, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara menyatakan tahun 2024 akan menyaksikan pelaksanaan pelbagai perancangan dan program oleh JAN antaranya pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dengan format dan struktur baharu, Persidangan Juruaudit Sektor Awam buat julung kalinya, penganjuran Sukan Audit, pindaan Akta Audit 1957, pendigitalan JAN dan penglibatan JAN di peringkat antarabangsa yang akan dipergiatkan lagi.

Datuk Ketua Audit Negara turut mengumumkan bahawa pendekatan pengauditan tahun 2024 akan dibuat dengan cadangan penyelesaian dan penambahbaikan mampan yang menyokong Gagasan Pembangunan Malaysia MADANi dan Tata Kelola Baik Sektor Awam.

JAN akan terus memperkasakan rancangan pengauditan disokong dengan penyediaan latihan yang berterusan kepada semua warga JAN dengan kerjasama Firma Audit Swasta dan juga latihan melibatkan institusi Audit luar negara. Datuk Ketua Audit Negara mengingatkan warga JAN untuk terus mengamalkan prinsip kerja berpasukan serta memantapkan lagi esprit de corp bagi semua warga JAN.

Dalam majlis tersebut juga, Datuk Ketua Audit Negara telah menerima Sijil Platinum Penarafan Bangunan Hijau Kompleks F daripada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Putrajaya Bina Sdn Bhd (PBSB). Daripada 10 bangunan yang dinilai oleh Greenbuilding Sdn Bhd, hanya bangunan JAN sahaja yang mendapat penarafan platinum berbanding 8 blok bangunan lain yang mendapat penarafan emas di Kompleks F. Setinggi tahniah diucapkan kepada semua warga JAN.

 417369426 764190615752987 7178578419012406886 n  417363790 764190662419649 4664568916597557776 n  417386134 764190432419672 1833839380968598526 n 417447036 764190795752969 5845567520247883956 n 
  • Dikemaskini pada: 22 Jan 2024
  • Cetak
  • 555

faqhubungimaklumbalaspeta