Program Forum Perdana Ehwal Islam Diraja Bertajuk "Institusi Diraja Penyatuan Ummah"
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri program Forum Perdana Ehwal Islam Diraja bertajuk "Institusi Diraja Penyatuan Ummah" yang diadakan di Istana Negara pada malam ini.
Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Istana Negara ini telah diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Forum ini menampilkan tiga orang ahli panel iaitu Timbalan Mufti Pahang, YBhg. Datuk Badli Shah Alaudin, Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof Madya Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashi serta pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail dan Ustaz Zakaria Othman daripada JAKIM sebagai moderator.
Antara objektif forum ini adalah untuk meningkatkan dan menyuburkan kefahaman masyarakat bahawa Institusi Diraja merupakan simbol penyatuan ummah di kalangan komuniti yang berbeza dan pelbagai di bawah frasa kesetiaan dan ketaatan secara bersama kepada raja dan negara.