Majlis Peluncuran Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri majlis peluncuran Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Januari 2024 di Sepang, Selangor.
Semasa ucapan perasmian beliau, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa badan penguatkuasaan akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja termasuk tokoh-tokoh besar sekiranya terdapat data, fakta dan alasan yang kukuh tanpa mempedulikan kedudukan dan pengaruh individu berkenaan. Beliau turut memuji SPRM, PDRM, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Audit Negara (JAN) yang bersedia menerima perubahan demi menghapuskan rasuah.
Dalam majlis itu juga, YAB Perdana Menteri telah meluncurkan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2023 : Gerakan Pemantapan Tata Kelola Nasional yang bertujuan untuk memastikan, jabatan dan agensi termasuk badan berkanun mengambil tindakan berkesan dalam menangani kelemahan tatakelola, rasuah dan integriti.