Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Januari 2024 pada pagi ini yang diadakan di Dewan De'Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara dan pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara (JAN).
Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa Kerajaan akan memperkenalkan kaedah baru iaitu kementerian dan jabatan dikehendaki untuk mengemukakan laporan bulanan mengenai sumbangan dan perkara yang telah dilaksanakan menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh pihak Kerajaan untuk makluman Ketua Setiauasaha Negara dan Perdana Menteri.