Majlis Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat Warga JAN
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat Warga JAN bersama YBhg. Datuk Ketua Audit Negara dan Pengurusan Tertinggi JAN anjuran Surau Al Ibtisam, Jabatan Audit Negara (JAN) telah diadakan pada pagi Jumaat 5 Januari 2023 di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya.
Majlis yang diketuai oleh Tuan Haji Badiuzzaman bin Mohd Pakir telah dihadiri seramai 320 orang warga JAN yang menyertai sesi bacaan secara fizikal dan dalam talian.
Bacaan yasin ini diniatkan untuk keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga JAN agar dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab, mendoakan kesembuhan kepada warga JAN sedang menjalani rawatan dan disedekahkan kepada warga JAN yang telah kembali ke Rahmatullah.