Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU)
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri majlis peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) oleh YAB Perdana Menteri pada hari ini, 2 Januari 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa PADU dijangka dapat mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi sejajar dengan pendekatan transformasi digital negara.
PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta Kerajaan Negeri.