faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) ke-32 Tahun 2023

 410051116 750880343750681 6951231381233077056 n  411500658 750880570417325 37045154291496942 n  411506755 750880607083988 3401407368566608680 n 412729676 750880503750665 2704707679490478848 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) ke-32 Tahun 2023 yang diadakan pada 21 Disember 2023 di Dewan Serbaguna, Blok F3, Jabatan Audit Negara. Turut hadir dalam program berkenaan ialah YBrs. En. Y Hamdan Mohd Dom, Pengarah Audit Prestasi 1 dan En. Azunan Daud, Yang Dipertua KAWIP.

YBhg. Datuk KAN dalam ucapan perasmian beliau telah menyingkap kejayaan KAWIP melaksanakan pelbagai aktiviti/program merangkumi CSR, acara sukan, kebajikan, kerohanian dan sosial sepanjang tempoh tahun 2021 hingga 2023. Selain itu, beliau menyeru supaya seluruh Warga JAN Ibu Pejabat untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh KAWIP dan bukan sekadar menjadi Ahli Kelab.

Beliau juga menyampaikan harapan agar Jawatankuasa KAWIP baharu yang bakal dilantik dapat membuat perancangan aktiviti yang lebih menarik dan bermanfaat untuk ahli-ahli pada tahun 2024.

Antara agenda Mesyuarat Agung pada kali ini adalah pengesahan Minit Mesyuarat Agung KAWIP Ke-31, Laporan Aktiviti Tahun 2021-2023 dan Laporan Kewangan Tahun 2021 & 2022. Selain itu, setelah pembubaran Jawatankuasa KAWIP Sesi 2021-2023, Ahli Kelab yang hadir juga telah membuat pemilihan Jawatankuasa KAWIP Sesi 2023-2025.

Tahniah diucapkan kepada YBrs. En. Azunan Daud yang telah dilantik semula sebagai Yang DiPertua KAWIP serta ahli-ahli Jawatankuasa yang baharu dilantik. Semoga Jawatankuasa KAWIP yang baharu dapat menerajui aktiviti-aktiviti KAWIP selaras objektif penubuhannya.

 411520131 750880977083951 8085037977673057680 n  412706848 750880447084004 4316232082805032177 n 412707815 750880710417311 5669002255866831346 n  
  • Dikemaskini pada: 21 Dec 2023
  • Cetak
  • 471

faqhubungimaklumbalaspeta