Mesyuarat Suai Kenal Dengan Jabatan Kewangan Lembaga Tabung Haji (LTH)
|
|
Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) (TKANK) telah mempengerusikan Mesyuarat Suai Kenal TKAN(K) dengan Jabatan Kewangan Lembaga Tabung Haji (LTH) yang berlangsung pada 12 Disember 2023 di Menara LTH, Kuala Lumpur
Mesyuarat telah membincangkan berkaitan gerak kerja pengauditan penyata kewangan LTH bagi tahun berakhir 2023. Juga turut dibincangkan mengenai perancangan Audit Terus bagi PK LTH 2024.
Pihak LTH diwakili oleh Tuan Haji Mustakim Mohamad, Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan, Tuan Haji Shamsul Bahar Samsudin, Pengawal Kewangan Kumpulan, Encik Annas Bahari, Ketua Pegawai Audit Dalam dan Integriti, Tuan Haji Shamsul Kamal Hussein Kamal, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat. Manakala pegawai turut hadir daripada JAN adalah Puan Nor Azian Nordin, Pengarah Audit Kewangan, Puan Aida Md Rashid, Ketua Penolong Pengarah Audit, pegawai - pegawai LTH dan pasukan Audit.