faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Perasmian Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

408216198 745548917617157 3055316385071613625 n 408193376 745548984283817 4433297714181814699 n 408856903 745549040950478 5600518052652363722 n

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri Majlis Perasmian Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Disember 2023 di Lorong Haji Husein, Kuala Lumpur.

Turut mengiringi baginda ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Seri Dr Mohd Na'im Mokhtar; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi MAIWP, YBhg. Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam Yahya.

MAIWP pada 5 Disember lalu telah menerima serahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan MAIWP bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. Sijil tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk KAN kepada YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta disaksikan oleh YBhg. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Hal ini telah mendapat perhatian KDYMM Seri Paduka Baginda Agong yang mana berpuas hati dengan kawal selia pengurusan kewangan MAIWP.

  • Dikemaskini pada: 22 Jan 2024
  • Cetak
  • 648

faqhubungimaklumbalaspeta