faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Menteri Bagi Bulan Disember 2023

408149291 744775514361164 8990666762520248110 n 408153829 744775134361202 3667091849228311283 n 408174530 744775264361189 2473933638722998004 n 408205178 744775384361177 7207301228329844785 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Menteri Bagi Bulan Disember 2023 pada pagi ini yang diadakan di Dewan De'Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya. Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara dan 47 orang pegawai Jabatan Audit Negara (JAN).

Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri menggesa penjawat awam untuk tidak mempunyai budaya terlalu selesa, sebaliknya perlu sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan cemerlang.

Di akhir ucapan beliau, YAB Perdana Menteri menyatakan tirai tahun 2023 akan berlabuh tidak lama lagi dan mahu prestasi cemerlang penjawat awam diteruskan pada tahun hadapan dan membuka lembaran baru sejarah negara. Beliau menyeru penjawat awam untuk bekerjasama menggapai langit bagi merealisasikan impian dan cita-cita tetapi pada masa yang sama harus sentiasa mengakar bumi supaya tidak hilang nilai tradisi, budaya dan agama.

  • Dikemaskini pada: 22 Jan 2024
  • Cetak
  • 300

faqhubungimaklumbalaspeta