faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Setahun Bersama Kerajaan MADANI

408135728 744382244400491 6473255366034942585 n 408134905 744382184400497 3228798356720100150 n 408121628 744382284400487 7438254335986134749 n 408174142 744382327733816 4502662953121642982 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) dan warga JAN telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI pada 10 Disember 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dalam waktu itu, YBhg. Datuk KAN juga berkesempatan melawat beberapa reruai jentera-jentera kerajaan.

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan majlis penutup Program Setahun Bersama Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. Hadir sama, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri serta barisan menteri dan pegawai kanan Kerajaan.

Dalam amanat beliau, YAB Perdana Menteri menekankan demokrasi akauntabiliti perlu dimantapkan dengan penyertaan semua pihak termasuk rakyat. Dalam sesi dialognya pula, YAB Perdana Menteri mengambil maklum balas akan keluh kesah rakyat untuk mendapatkan infrastruktur yang baik.

Objektif program ini adalah menyebar luas dan mempromosi dasar-dasar dan inisiatif baharu yang diperkenal kepada rakyat, meningkatkan kesedaran umum dan kesefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan serta membina kepercayaan serta keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.

  • Dikemaskini pada: 22 Jan 2024
  • Cetak
  • 320

faqhubungimaklumbalaspeta