Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 yang diadakan di ibu pejabat JAN, Putrajaya pada petang ini.
Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. En. Azunan Daud, Pengarah Audit Kewangan II JAN dan Puan Rohayah Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA. Turut hadir adalah wakil daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Tetuan Aljefridean PLT.
Selepas mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menandatangani Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan MARA bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.