Sesi Temu Santai Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Pemandu Dan Pembantu Operasi Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi Temu Santai Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Pemandu Dan Pembantu Operasi Jabatan Audit Negara telah diadakan buat julung kalinya pada 7 Disember 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya. Lebih 100 orang pemandu dan pembantu operasi dari Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri JAN telah terlibat secara fizikal dan atas talian dalam sesi tersebut.
Sesi Temu Santai ini merupakan platform bagi mengeratkan silaturrahim di antara pihak pengurusan tertinggi dan juga kakitangan sokongan JAN serta memberi peluang kepada kakitangan untuk menyuarakan pandangan/idea untuk mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan JAN.
Dalam sesi tersebut, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara menekankan bahawa seluruh warga JAN termasuklah Pemandu & Pembantu Operasi adalah bertanggungjawab untuk memelihara imej dan mutu kerja Jabatan mengikut peraturan berkuat kuasa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.