Sesi Penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Untuk Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 kepada Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, YBhg. Datuk Mustafa bin Abdul Aziz, di pejabat Ketua Audit Negara, Putrajaya pada 5 Disember 2023.
Sesi tersebut juga dihadiri oleh Timbalan Ketua Audit Negara (K), YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji, Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan MATRADE, Encik Mansor Shah bin Wahid; Pengarah Seksyen Pengurusan Kewangan MATRADE, Encik Naim bin Abdul Rahman; dan Ketua Akauntan MATRADE, Puan S. Faizah binti Abd. Khalid.