Kunjungan Hormat Kepada YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Parlimen pada pagi Selasa, 5 Disember 2023.
Sesi tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBrs. Puan Hajah Patimah binti Ramuji Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), dan Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
YB Menteri turut menyaksikan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan MAIWP bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 kepada pemangku CEO MAIWP.
Secara umumnya, JAN menyarankan MAIWP perlu meneruskan kawalan sedia ada supaya pengurusan kewangan MAIWP sentiasa teratur.