Mesyuarat Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN).
Mesyuarat ini juga buat julung kalinya telah turut dipengerusikan secara bersama dengan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Selain itu, mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Ahli tetap yang terdiri daripada ketua atau wakil daripada Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan Kementerian Ekonomi.
Pelaksanaan mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membawa dan seterusnya membincangkan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) kepada semua pihak mengikut bidang kuasa yang telah diperuntukkan dalam undang-undang. Ini bagi memastikan semua isu, teguran dan syor yang dibangkit oleh Ketua Audit Negara diberi perhatian yang sewajarnya.