Majlis Serahan Laporan Audit Dana Global Environment Facility Pusingan Keenam (GEF-6) bagi United Nations Environment Programme (UNEP)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Laporan Audit Dana Global Environment Facility Pusingan Keenam (GEF-6) bagi United Nations Environment Programme (UNEP) kepada YBhg. Dato' Mohamad Razif bin Hj. Abd. Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada hari ini, 30 November 2023.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Dr. Azalia binti Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Biokeselamatan serta pegawai dari Jabatan Audit Negara dan Jabatan Biokeselamatan.