faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Kunjungan Hormat Delegasi Indian Audit & Account Services (IA & AS)

406584468 738788331626549 7069325379290378639 n 406573116 738788508293198 2788910900179036203 n 406584451 738788411626541 3697713797497384020 n 406638425 738788691626513 149681393816597840 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat delegasi Indian Audit & Account Services (IA&AS) di pejabat beliau di Putrajaya pada pagi tadi, 30 November 2023. Delegasi IA & AS diketuai oleh Encik P.V. Hari Krishna, Menteri (Audit) di Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia.

Delegasi yang terdiri daripada pegawai pelatih IA & AS telah mengadakan sesi perkongsian dengan pihak Jabatan Audit Negara (JAN) yang turut dihadiri oleh YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Tn. Haji Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan En. Saiful Anuar Mohd Jaafar, Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa JAN.

Selepas sesi kunjungan hormat berkenaan, delegasi IA & AS seterusnya telah melawat Akademi Audit Negara (AAN) di Bandar Enstek, Negeri Sembilan bagi melihat sendiri kemudahan dan fasiliti yang terdapat di AAN selaku pusat latihan audit bertaraf antarabangsa.

  

  • Dikemaskini pada: 22 Jan 2024
  • Cetak
  • 451

faqhubungimaklumbalaspeta