Majlis Pelepasan (Flag off) Kontinjen JAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah melancarkan Majlis Pelepasan (Flag off) Kontinjen JAN yang akan menyertai Kejohanan Sukan Integrasi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) Tahun 2023 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 1 hingga 3 Disember 2023 di Kangar, Perlis.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah YBrs. Pn. Hjh. Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Tn. Hj. Roslan Abu Bakar, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat Kerajaan) dan YBrs. Encik Azunan Daud, Yang Dipertua Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP). Kontinjen JAN terdiri daripada 33 orang pemain Pasukan Bola Sepak dan Pasukan Bola Jaring.
YBhg. Datuk KAN dalam majlis tersebut telah memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada Kontinjen JAN untuk memberikan yang terbaik dalam acara yang disertai. Selain itu, sorakan slogan "Audit Teguh" Kontinjen JAN bersama Pengurusan Tertinggi JAN telah dilaungkan sebelum pelepasan (flag-off). JAN dan KAWIP mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Kontinjen JAN.
![]() |
![]() |
![]() |