faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Perasmian Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Jabatan Negeri Sarawak di Kuching, Sarawak

406037575 737607098411339 5597366259969007559 n 406042504 737607205077995 240684209888897593 n 406043381 737607318411317 6728638512927122526 n 406048932 737607418411307 6088626004868843752 n

 

Jabatan Audit Negara (JAN) melalui Akademi Audit Negara (AAN) dengan kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan Kerajaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Kewangan Jabatan Negeri Sarawak di Kuching, Sarawak pada 28-29 November 2023.

Kursus ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) dan Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Radzi.

Dalam ucapan perasmian, YB Datuk Dr. Juanda Jaya menyatakan harapan agar kursus ini akan dapat membantu warga Jabatan Kerajaan Sarawak dalam menambah baik proses penyediaan penyata kewangan yang dilaksanakan di organisasi masing-masing seterusnya memantapkan pengurusan kewangan di peringkat Kerajaan Negeri. Beliau turut mencadangkan agar isu yang dipaparkan dalam AG’s Dashboard JAN turut dapat dipaparkan di semua Portal Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Sarawak.

Turut hadir ke majlis perasmian tersebut ialah YBhg. Dato’ Ahmad Nadzri Mohamad Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), YBrs. Puan Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara.

  • Dikemaskini pada: 22 Jan 2024
  • Cetak
  • 357

faqhubungimaklumbalaspeta