Majlis Jamuan Negara bagi meraikan Lawatan Negara oleh Yang Teramat Mulia Putera Albert II, Putera Monaco
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Jamuan Negara bagi meraikan Lawatan Negara oleh Yang Teramat Mulia Putera Albert II, Putera Monaco pada hari ini di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Ketibaan baginda dan delegasi di Istana Negara disambut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir dalam istiadat tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan.