Penyerahan Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Jabatan Audit Negara (JAN)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Solidariti Penjawat Awam Dalam Membantu Rakyat Palestin
YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri majlis penyerahan sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Jabatan Audit Negara (JAN) kepada YBhg. Datuk Awang Alik Bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 9 November 2023 di JPM Putrajaya.
Tabung Kemanusiaan Palestin JAN telah dilancarkan oleh Ketua Audit Negara pada 25 Oktober 2023 selaras dengan penubuhan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin oleh Kerajaan.
Dengan inisiatif Majlis Sukan JAN (MASJAN) dan kelab-kelab gabungannya termasuk Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP), sebanyak RM20,000 telah berjaya dikumpul daripada warga JAN dan juga pesara JAN melalui Persatuan Alumni Audit Negara (ASNA) sebagai solidariti terhadap Palestin.
Diharapkan sumbangan ini dapat membantu rakyat Palestin yang kini sedang dilanda peperangan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBrs. En. Azunan Daud, Yang Dipertua KAWIP, YBrs. Pn. Hasmawati Mohd Yusoff, Pengarah Sektor Pengurusan JAN dan Pn. Ruhana Mohamad Zam, Setiausaha Kehormat MASJAN.