Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam 2023 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Kolokium MADANI Perkhidmatan Awam 2023 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini di Putrajaya.
Kolokium tersebut telah dimulakan dengan ucaptama oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dan seterusnya pembentangan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Eksekutif Dagang NeXchange Bhd (DNeX) merangkap Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Dalam ucapan amanat beliau, YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa penghayatan budaya MADANI melalui pembangunan insan berteraskan pengukuhan amalan nilai dan akhlak diharapkan dapat meningkatkan lagi prestasi kerja setiap anggota perkhidmatan. Selain itu, kefahaman tentang tata kelola yang mampan dan sejahtera dalam kalangan penjawat awam diharap mampu meningkatkan perkhidmatan yang lebih berkualiti.