faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

 398321879 726809862824396 5069620847434767449 n  398422781 726809842824398 1152581145307108993 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah hadir ke Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 November 2023. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta para pegawai kanan Kerajaan.

YAB Perdana Menteri dalam ucaptama beliau telah menekankan kepentingan warga perkhidmatan awam menakhodai agenda perubahan negara selari dengan matlamat Kerajaan MADANI untuk mengukuhkan keyakinan terhadap perkhidmatan awam di samping menjadi pencetus perubahan yang bermakna kepada negara.

  • Dikemaskini pada: 09 Nov 2023
  • Cetak
  • 432

faqhubungimaklumbalaspeta