Majlis Peluncuran Bulan Integriti Jabatan Audit Negara (JAN) di JAN Negeri Kelantan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Peluncuran Bulan Integriti Jabatan Audit Negara (JAN) telah diadakan di Pejabat JAN Negeri Kelantan pada 6 November 2023.
Peluncuran tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) mewakili Ketua Audit Negara. Turut hadir Pengarah Audit Kewangan II, Pengarah Bahagian Teknikal dari Ibu Pejabat dan Pengarah JAN Negeri Kelantan.
Dalam majlis tersebut juga telah diadakan Bicara Integriti disampaikan oleh Ketua Unit Integriti JAN yang menerapkan penghayatan kepada nilai-nilai murni dan etika penjawat awam dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang digalas.