faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Perasmian Kursus Asas Juruaudit Dalam di Akademi Audit Negara (AAN)

 

 398304415 726181616220554 6923190320112388199 n 398310276 726154119556637 2125170329999567706 n 
398321908 726154076223308 3755429329611532529 n
398372933 726154092889973 5583217116964877401 n

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Perasmian Kursus Asas Juruaudit Dalam di Akademi Audit Negara (AAN) pada 7 November 2023.

Kursus Asas Juruaudit Dalam ini diadakan secara kerjasama buat julung kalinya antara JAN dan MOF dari 7-9 November 2023. Kursus ini dihadiri seramai 70 orang terdiri daripada peserta dari Unit Audit Dalam Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri/Jabatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun Negeri.

Turut mengiringi ialah Timbalan-timbalan Ketua Audit Negara, Timbalan Setiausaha Bahagian (Korporat), Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Kementerian Kewangan dan Pengarah Akademi Audit Negara.

Dalam ucapan perasmian, YBhg. Datuk Ketua Audit Negara menekankan supaya ilmu pengauditan yang dipelajari dalam kursus ini digunakan sebaik mungkin untuk memantapkan lagi tugas pengauditan serta dapat memacu pencapaian prestasi yang lebih cemerlang kepada pentadbiran Jabatan.

  • Dikemaskini pada: 07 Nov 2023
  • Cetak
  • 405

faqhubungimaklumbalaspeta