Pembentangan Rancangan Kerja Knowledge Sharing Committee Bagi Tempoh 2024 - 2025 Oleh YBhg. Datuk Ketua Audit Negara Dalam Persidangan Kemuncak Ke-7 Aseansai Di Manila, Filipina
![]() |
![]() |
Delegasi Jabatan Audit Negara (JAN) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah berjaya dipilih semula untuk mempengerusikan Knowledge Sharing Committee (KSC) bagi tempoh 2024 - 2025 dalam Persidangan Kemuncak ke-7 ASEANSAI pada 2-3 November 2023 di Manila, Filipina.
YBhg. Datuk KAN selaku Pengerusi KSC kemudiannya telah membentangkan Rancangan Kerja KSC bagi tahun 2024 - 2025 yang akan melibatkan penyertaan Supreme Audit Institutions (SAI) daripada 9 negara anggota ASEAN yang merupakan ahli KSC. Program yang dirancang meliputi bidang Pengauditan Sektor Awam, Matlamat Pembangunan Mampan, Pemeliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar, Pengauditan Hutang Awam dan Organisasi Digital.
YBhg. Datuk KAN dalam ucapan beliau menyatakan komitmen JAN untuk memastikan KSC terus kekal relevan melalui fokus kepada bidang-bidang baharu serta mengalu-alukan sebarang cadangan dan idea bagi tujuan kolaborasi perkongsian pengetahuan antara SAI negara-negara ASEAN.