Rangka Kerja YBhg. Datuk Ketua Audit Negara Dan Delegasi Jabatan Audit Negara Dalam Persidangan Kemuncak Ke-7 Aseansai Di Manila, Filipina
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) telah mengetuai delegasi Jabatan Audit Negara (JAN) dalam Persidangan Kemuncak ke-7 ASEANSAI pada 2-3 November 2023 di Manila, Filipina.
Persidangan Kemuncak yang diadakan setiap dua tahun ini, dihadiri oleh Ketua Audit Negara daripada 10 negara anggota ASEAN untuk membincangkan pelan tindakan dalam mengukuhkan peranan Supreme Audit Institutions (SAI) dalam mendepani cabaran lanskap pengauditan semasa dan meningkatkan akauntabiliti dan tata kelola dalam pengauditan sektor awam di rantau ASEAN.
Majlis Perasmian Persidangan Kemuncak ASEANSAI turut dihadiri oleh TYT Dato' Abdul Malik Melvin Castelino, Duta Besar Malaysia di Manila, Filipina dan Puan Nadhirah Mohammad Zanudin, Penasihat Kedutaan Malaysia di Manila serta wakil Kedutaan negara ASEAN di Manila.
Persidangan Kemuncak ini menyaksikan kejayaan pelancaran laporan “Cooperative Research on SAI Independence in ASEAN Countries : Implementing Foresight Tools in the Preferred Future” dan “ASEANSAI Fundamental Audit Guidelines on Construction Projects” di bawah ASEANSAI Knowledge Sharing Committee (KSC) yang dipengerusikan oleh SAI Malaysia.
Kedua-dua penerbitan ini akan dapat memberi faedah kepada semua negara anggota ASEANSAI dan sangat berguna sama ada daripada aspek teori mahu pun praktikal dalam pelaksanaan pengauditan. JAN juga telah berjaya menyempurnakan 4 rancangan kerja yang dirancang sepanjang tahun 2023 melibatkan semua ahli KSC.