faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Kunjungan Hormat YBhg. Datuk Ketua Audit Negara Kepada Duta Besar Malaysia Di Manila, Filipina

 398552124 723428646495851 1416705925077956090 n  399234379 723428609829188 279222799286091917 n

 

Delegasi Jabatan Audit Negara diketuai YBhg Datuk Ketua Audit Negara dalam rangka kerja menghadiri Persidangan Kemuncak ke-7 ASEANSAI di Manila, Filipina telah mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Dato' Abdul Malik Melvin Castelino, Duta Besar Malaysia di Manila, Filipina pada 1 November 2023.

Kunjungan hormat ini antara lain telah membincangkan potensi penglibatan Malaysia khususnya dalam bidang pengauditan dan pemantapan tata kelola negara dengan kerjasama pihak Kedutaan Malaysia di Filipina seiring perkembangan semasa negara-negara di rantau ASEAN.

Datuk KAN juga berkesempatan berjumpa dan beramah mesra dengan pegawai Kedutaan dari pelbagai agensi tentang isu-isu melibatkan hal ehwal Malaysia di Manila seperti ekonomi, sosial, keselamatan dan pelancongan.

  • Dikemaskini pada: 03 Nov 2023
  • Cetak
  • 354

faqhubungimaklumbalaspeta