Majlis Amanat Ketua Audit Negara (KAN) Bersama Pegawai Lantikan Baharu, Memangku Dan Bertukar
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Amanat Ketua Audit Negara (KAN) bersama pegawai lantikan baharu, memangku dan bertukar telah diadakan pada 31 Oktober 2023 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya.
Seramai 32 orang pegawai lantikan baharu telah melapor diri di JAN pada hari tersebut. Daripada jumlah tersebut, 12 orang dilantik sebagai Juruaudit gred W41, manakala 20 orang sebagai Penolong Juruaudit gred W29.
Di samping itu, majlis ini juga diadakan bagi menyampaikan surat penempatan pertukaran dan pemangkuan kepada Juruaudit pelbagai gred yang melibatkan pegawai daripada Ibu Pejabat JAN dan Unit Audit Dalam.
Dalam amanat beliau, YBhg. Datuk KAN telah menekankan supaya Juruaudit JAN perlu sentiasa memastikan tahap profesionalisme yang tinggi dan berintegriti dalam melaksanakan aktiviti pengauditan. Di samping itu, semua Juruaudit perlu bersedia menerima penempatan di mana-mana jua bagi mempelbagaikan kemahiran pengauditan dan bertekad untuk sentiasa menyampaikan perkhidmatan yang terbaik.