Sesi Sidang Dewan Rakyat dan Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2024 Peringkat Dasar pada 30 Oktober 2023
![]() |
![]() |
Pada hari ini, 30 Oktober 2023, YB Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah menjawab soalan lisan Dewan Rakyat yang melibatkan JAN.
Ini disusuli sesi Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2024 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat oleh YB. Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Turut hadir bersama di Parlimen, pegawai-pegawai kanan JAN, YBrs. Pn. Nor Azian Nordin, Pengarah Audit Kewangan I, YBrs. En. Mohd Serjana Ibrahim, Pengarah Bahagian Susulan Audit serta Encik Saiful Anuar Mohd Jaafar, Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa yang mewakili JAN bagi menghadiri kedua-dua sesi tersebut.