faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Perasmian Bengkel Spesifikasi Keperluan Business (BRS) bagi Pembangunan Audit Data Warehouse -Analytics Application and Audit Dashboard bagi Pengurusan Tertinggi JAN

 

 395450420 721776413327741 3885550556385846443 n  395455331 721776426661073 4318686254109600625 n 395451137 721776523327730 8998482823870022333 n 369779562 721776449994404 7371972186884247079 n 

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah merasmikan Bengkel Spesifikasi Keperluan Business (BRS) bagi Pembangunan Audit Data Warehouse -Analytics Application and Audit Dashboard bagi Pengurusan Tertinggi JAN pada 30 Oktober 2023 di Cyberjaya Selangor.

Tujuan bengkel ini adalah untuk mengenalpasti keperluan pengguna di peringkat tertinggi JAN. Pembangunan Audit Data Warehouse merupakan sebahagian daripada Projek Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara (PPJ). Projek ini merupakan usaha JAN dalam penggunaan data secara bersepadu, perkongsian data merentasi agensi dan analitis data raya. Ianya bertujuan menghasilkan output pengauditan berimpak tinggi serta membuat keputusan berpacukan data.

Ianya adalah selaras dengan konteks kerangka Ekonomi Madani ke arah memanfaatkan sepenuhnya agenda pendigitalan ke tahap tertinggi.

Turut hadir ke majlis perasmian ini ialah Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara dan para peserta Bengkel yang terdiri daripada pegawai Jabatan Audit Negara dan peringkat Negeri.

  • Dikemaskini pada: 31 Oct 2023
  • Cetak
  • 300

faqhubungimaklumbalaspeta