faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Perjumpaan Khas Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (Zon Tengah)

 

 1  4 2  3

 

Terima kasih kepada seluruh warga Jabatan Audit Negara (JAN) Zon Tengah dan warga Unit Audit Dalam (UAD) yang telah bersama-sama memeriahkan Program Kecergasan Sukan Integrasi JAN di Akademi Audit Negara (AAN) Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Program yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ketua Audit Negara (KAN) ini turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara, Pengarah AAN, Yang Dipertua Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) dan pegawai-pegawai kanan JAN.

Selain itu, program tersebut turut dihadiri pegawai dari Ibu Pejabat JAN, Akademi Audit Negara, JAN Negeri Selangor, JAN Negeri Sembilan dan UAD Kementerian/Audit Sekolah. Program ini merangkumi sesi ramah mesra YBhg. Datuk KAN bersama Warga JAN Zon Tengah, pelancaran bas baharu AAN dan lawatan fasiliti AAN. Disamping itu, turut diadakan pelbagai acara senamrobik dan sukan integrasi.

  • Dikemaskini pada: 30 Oct 2023
  • Cetak
  • 287

faqhubungimaklumbalaspeta