faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Untuk Penyata Kewangan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022

 395440925 719500703555312 5076102860282361369 n  395407921 719500310222018 3478991740854581947 n  395402926 719500596888656 2347778388136320147 n 

 

YBhg. Datuk Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 kepada Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, YBhg. Datuk Wira Arham bin Abdul Rahman di pejabat Ketua Audit Negara, Putrajaya pada pagi 26 Oktober 2023.

Sesi tersebut juga dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Pengurusan Korporat, Puan Zalina binti Zainol, Pengarah Bahagian Kewangan dan Pengurusan Perakaunan, Encik Norhasrin bin Katuk dan Pengarah Audit Kewangan III JAN, YBrs. Dr. Nor Haiza binti Abd Aziz@Juned.

Secara umumnya, JAN menyarankan agar perekodan perbelanjaan terakru lebih teratur mengikut prinsip perakaunan.

  • Dikemaskini pada: 26 Oct 2023
  • Cetak
  • 312

faqhubungimaklumbalaspeta